s

s

Wednesday 22 November 2017

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Sekolah 2017

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Sekolah diadakan pada hari Rabu 22 November 2017 bertempat di Dataran Seri Bariah. Perjalanan program perarakan diketuai oleh Ustaz Haji Wan Baderul Hisyam. Majlis berakhir jam 11.00pagi.

Sambutan Maulidur Rasul 1439H

Saturday 28 October 2017

Kem Pemerkasaan Solat Tahun 6 SK Tengku Bariah

Kem Pemerkasaan Solat Tahun 6 diadakan di Dewan Seri Bariah SKTB pada 25 hingga 26 Oktober 2017. Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Ahmad Ruslim b. Jaafar Imam Masjid Tengah Zaharah Teluk Ibai Kuala Terengganu dan Dr Nor Salimah bt Abu Bakar Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Beradaban Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) manakala penceramah dalaman ialah Dr Salina bt Ahmad, Ustaz Sallehuddin b Ghazali dan Zuraidah bt Abdullah.

Saturday 14 October 2017

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Sekolah diadakan 11 Oktober 2017 di Dewan Seri Bariah.Majlis bermula jam 8.00 pagi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Ruslim bin Jaafar. Antara aktivit yang dijalankan ialah melukis poster dan memasak bubur asyura.


        

Wednesday 6 September 2017

Majlis Solat Hajat UPSR 2017

Majlis Solat Hajat 
Ahad, 20 Ogos 2017
Surau Annur SK Tengku Bariah

Sekalung Penghargaan dan Ucapan ribuan Terima Kasih kepada YB Datuk Haji Mohd Sabri b Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Merangkap Pegawai Penyelaras DUN Ladang kerana menghadiri majlis solat hajat dan tidak lupa kepada Pegawai Pejabat Daerah Kuala Terengganu , Pihak Pentadbiran SK Tengku Bariah, ibu bapa, guru, kakitangan dan semua pihak yang terlibat.

Saturday 22 July 2017

Majlis Solat Hajat Sempena Percubaan UPSR 2017

Majlis Solat Hajat Sempena Percubaan UPSR 2017 diadakan di Surau An Nur SK Tengku Bariah. Majlis bermula jam 6.45 petang. Semua guru dan kakitangan serta murid Tahun 6 bersama ibu bapa hadir dalam majlis tersebut.

Friday 21 July 2017

Majlis Khatam Al-Quran SKTB

Majlis Khatam Al-Quran SKTB yang diadakan di Dewan Seri Bariah bagi murid tahun 4 dan 5 dipimpin oleh Ustaz Mohd Sallehhuddin dan di Surau An-Nur dipimpin oleh Ustaz Haji Wan Baderul Hisyam bagi murid tahun 6. Majlis bermula jam 22 Jun 2017 jam 10.10pagi.

Tuesday 30 May 2017

Ceramah Ambang Ramadhan

Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Ghazali yang bertajuk Ramadhan: Rindukah Kita..Ceramah diadakan di Tapak Perhimpunan SKTB pada 14 Mei 2017(Ahad) anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Tengku Bariah.


Kem Bestari Solat Siri 1 2017 SKTB

Kem Solat siri 1 2017 diadakan pada 14 dan 15 Mei 2017 bertempat di Surau An Nur SKTB dan Dewan Seri Bariah. Kem ini melibatkan murid Tahun 1,2 dan 3 pada hari Ahad manakal Tahun 4 dan 5 pada hari Isnin jam 2.00 hingga 4.30 petang. Pengisian program meliputi Wuduk Amali dan Bacaan dan Solat Amali dan Bacaan.

Majlis Solat Hajat 2017

Majlis Solat Hajat diadakan di Surau An Nur pada 18 Februari 2017 bermula jam 6.45 petang. Majlis melibatkan Ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 serta warga SKTB.Turut hadir YDP PIBG SK Tengku Bariah iaitu Encik Muhamad Pisol bin Ahmad.

Saturday 11 February 2017

Solat Hajat Letak Kerja 2017

Solat Hajat Letak Kerja telah diadakan pada 9 Februari 2017 (Khamis) di Surau An-Nur SKTB. Program ini melibatkan semua guru, murid Tahun 6 dan ibu bapa murid Tahun 6.