s

s

Thursday 26 June 2014

Di ambang Ramadhan 1435 H

Program di ambang Ramadhan merupakan program tahunan bagi warga SKTB.Ianya sebagai persiapan awal bagi menyambut Ramadhan serta penambahan ilmu berkaitan dengan puasa, agar puasa mencapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah iaitu menjadi insan yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada dosa. Program ini diadakan pada 26.6.2014 yang melibatkan semua warga SKTB.Ceramah di ambang Ramadhan disampaikan oleh Us Wan Baderul Hisyam Bin Wan Mat Ali.

Monday 23 June 2014

Pertandingan Hafazan JHEAT


Program ini  adalah anjuran Jabatan Agama Islam Terengganu. Ia merupaka acara tahunan yang dilaksanakan setiapa tahun.Sekolah Tengku Bariah telah menjadikannya sebagai aktiviti tahunan yang mesti disertai oleh murid-murid yang berkelayakkan.Seramai 95 orang murid berjaya melepas tapisan pertama yang dijalankan oleh Panitia Agama Islam.Ianya bertujuan untuk menanam sikap mencintai al Quran.Program ini diadakan pada 23.6.2014 dengan disertai oleh hakim daripada JHEAT seramai 6 orang.Keputusannya akan dimaklumkan sebelum cuti persekolahan akhir tahun.

Saturday 21 June 2014

Motivasi UPSR Dan Keibubapaan Murid Tahun 6

Program ini  diadakan pada 21 Jun 2014 bersama dengan Program Penerangan tentang PBS kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga 4. Dua program ini dijalankan serentak memandangkan hari ini ialah hari cuti umum dan menyenangkan ibu bapa serta penjaga untuk hadir menjayakan program ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru bagi meningkatkan lagi mutu kecemerlangan murid-murid. Seterusnya program penerangan tentang PBS untuk memberi keterangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah kepada ibu bapa dan penjaga.

Thursday 19 June 2014

Israk Mikraj

Pada 19 Jun 2014 satu Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan bermula jam 8.30 hingga 9.30 pagi di dataran perhimpunan. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang Peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Yusri bin Yusof.