s

s

Monday 24 October 2016

Ihtifal Maal Hijrah 1438H & Mahrajan Bahasa Arab

Ihtifal Maal Hijrah 1438H & Mahrajan Bahasa Arab telah diadakan pada 24 Oktober 2016 di SK Tengku Bariah bermula jam 7.45 pagi. Program ini telah dirasmi oleh Puan Hajah Rajmi bt Omar Guru Besar SK Tengku Bariah. Ceramah Maal Hijrah 1438H telah disampaikan oleh Puan Norzila bt Mohamad dari SK Pusat Kuala Ibai. Antara persembahan Mustalahat (Perbendaharaan Kata), Ghina (Nyayian), Tamsil (Lakonan), Kalam Jama'ie (Bicara Berirama), Dikir Arab dan Selawat Nabi Berkompang.

Ihtifal Maal Hijrah 1438H & Mahrajan Bahasa Arab

Program Pemerkasaan Ibadah 2016

Program Pemerkasaan Ibadah 2016 diadakan di Masjid Raja Chendering pada 18 hingga 20 Oktober 2016. Program dirasmi oleh Guru Besar SK Tengku Bariah Puan Hajah Rajmi bt Omar. Antara program pemerkasaan ibadah yang dijalankan ialah pengurusan jenazah, kalimah indah "betulkan solatku", kalimah indah dan perkasa"Muwafiq/masbuk",ceramah murid "ilmu asas kejayaan", Kalimah indah"renungan maidam dan latihan dalam kumpulan(LDK)".



Saturday 3 September 2016

Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Solat Hajat Perdana UPSR 2016 diadakan pada 1 September 2016. Program ini bermula jam 6.30 petang dan berakhir jam 9.30 malam. Program ini dimulai dengan Solat Maghrib,Solat Hajat,Bacaan Modul, Ucapan Wakil Tuan Guru Besar, YDP PIBG dan Speaker Undangan Negeri Dato Mohd Zubir bin Embong.

Saturday 13 August 2016

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat telah diadakan di Surau An Nur pada 12 hingga 13 Ogos 2016.Kem Solat bermula jam 8.00 pagi hingga 12,00 tengahari. Bagi murid tahun 1,2 dan 3 diadakan pada hari Jumaat manakala tahun 4 dan 5 pada hari Sabtu.



Saturday 6 August 2016

Solat Hajat Kesejahteraan Dan Kejayaan


Solat Hajat di Surau An Nur diadakan Khamis 4 Ogos 2016 jam 8.00 pagi.Solat Hajat diketuai oleh Ustaz Abdullah bin Muda. Solat Hajat bertujuan untuk keselamatan negara, negeri dan kesejahteraan pemimpin serta kejayaan warga sekolah.

Saturday 23 July 2016

Majlis Khatam Al Quran

 Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut.


Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Monday 30 May 2016

Ceramah ISRA' MIKRAJ Peringkat Sekolah

Ceramah ISRA' MIKRAJ peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mei 2016 di Dataran Perhimpunan.Ceramah telah disampai oleh Ustaz Wan Baderul Hisyam. 


Wednesday 9 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat sunat gerhana matahari diadakan di Surau Annur pada 9 Mac 2016 yang diketuai oleh cikgu Abdullah bin Muda.

Wednesday 20 January 2016

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016

Pada tanggal 19 Januari 2016 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah perarakan sambil berselawat, pertandingan bercerita, pertandingan bacaan teks Bahasa Arab, pertandingan melukis, pertandingan dan ceramah.