s

s

Monday 21 July 2014

Solat Berjemaah


Aktiviti solat berjemaah merupakan program wajib bagi murid SKTB. Program ini dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama murid tahun 6 bersolat terlebih dahulu dengan di imamkan oleh guru yang bertugas. Selesai sahaja mereka akan menyambung kelas tambahan seperti biasa. Sesi kedua murid akan bersolat pada pukul 2 tengahari di imamkan oleh guru kafa dan selesai sahaja mereka akan meneruskan pembelajaran kelas kafa sehingga ke pertang.

Bacaan Yaasin & Tahlil

Bacaan Yaasin & Tahlil diadakan sepanjang hari persekolahan. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.40 pagi. Ia bertujuan untuk membudayakan bacaan Al Quran dalam kehidupan harian serta menanam sifat cinta sesorang terhadap Al Quran. Program ini diketuai oleh Ustaz Abdullah Bin Muda dan Ustaz Wan Baderul Hisyam. Di peringat 6 bulan pertama murid dibekalkan dengan modul Yaasin dan Tahlil manakala 6 bulan kedua murid dikehendaki menghafal tanpa melihat kepada modul.

Friday 18 July 2014

Majlis Sumbangan Hari Raya

Majlis Sumbangan Hari Raya kepada murid-murid, anak-anak yatim dan miskin SKTB telah berlangsung pada hari Khamis 18 Julai 2014 bertempat di Surau An Nur jam 9.40 pagi. Seramai 12 orang anak yatim dan 33 murid miskin SKTB menerima sumbangan tersebut hasil daripada derma ikhlas para guru SKTB. Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTB Pn. Hajah Azma bt Senun.

Monday 14 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii


Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii diadakan pada 14 Julai 2014 jam 6.00 hingga 9.30pm bertempat di Surau An Nur & kantin SKTB.Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Turut hadir YDP PIBG sekolah serta AJK PIBG.Program berbuka Puasa dan Khatam Al Quran ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru serta keluarga.

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.