s
Thursday, 26 June 2014
Di ambang Ramadhan 1435 H
Program di ambang Ramadhan merupakan program tahunan bagi warga SKTB.Ianya sebagai persiapan awal bagi menyambut Ramadhan serta penambahan ilmu berkaitan dengan puasa, agar puasa mencapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah iaitu menjadi insan yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada dosa. Program ini diadakan pada 26.6.2014 yang melibatkan semua warga SKTB.Ceramah di ambang Ramadhan disampaikan oleh Us Wan Baderul Hisyam Bin Wan Mat Ali.
Monday, 23 June 2014
Pertandingan Hafazan JHEAT
Program ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Terengganu. Ia merupaka acara tahunan yang dilaksanakan setiapa tahun.Sekolah Tengku Bariah telah menjadikannya sebagai aktiviti tahunan yang mesti disertai oleh murid-murid yang berkelayakkan.Seramai 95 orang murid berjaya melepas tapisan pertama yang dijalankan oleh Panitia Agama Islam.Ianya bertujuan untuk menanam sikap mencintai al Quran.Program ini diadakan pada 23.6.2014 dengan disertai oleh hakim daripada JHEAT seramai 6 orang.Keputusannya akan dimaklumkan sebelum cuti persekolahan akhir tahun.
Saturday, 21 June 2014
Motivasi UPSR Dan Keibubapaan Murid Tahun 6
Program ini diadakan pada 21 Jun
2014 bersama dengan Program Penerangan tentang PBS kepada ibu bapa dan
penjaga murid tahun 1 hingga
4. Dua program ini dijalankan serentak memandangkan hari ini ialah hari
cuti umum dan menyenangkan ibu bapa serta penjaga untuk hadir menjayakan
program ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan
penjaga untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru bagi meningkatkan
lagi mutu kecemerlangan murid-murid. Seterusnya program penerangan
tentang PBS untuk memberi keterangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah
kepada ibu bapa dan penjaga.
Thursday, 19 June 2014
Israk Mikraj
Pada 19 Jun 2014 satu Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan
bermula jam 8.30 hingga 9.30 pagi di dataran perhimpunan. Aktiviti yang
dijalankan ialah ceramah tentang Peristiwa Israk dan Mikraj yang
disampaikan oleh ustaz Ahmad Yusri bin Yusof.
Subscribe to:
Posts (Atom)